MENU

Kelewatan pemilik pegangan menjelaskan bayaran cukai harta mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemilik dikenakan denda lewat. Jumlah bayaran denda lewat bagi semua pegangan berkadar dalam kawasan pentadbiran PBT Pengerang adalah sebagaimana berikut :-

  1. Bagi kawasan yang sebelum ini di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Johor Tenggara, kadar denda adalah sebagaimana berikut :-

JUMLAH TUNGGAKAN

(RM)

KADAR DENDA

(RM)

1.00 hingga 100.00

3.00

100.01 hingga 200.00

6.00

200.01 hingga 300.00

9.00

300.01 hingga 400.00

12.00

400.01 hingga 500.00

15.00

500.01 dan ke atas

20.00 @ 2%

(mana lebih tinggi)

     

       2. Manakala bagi kawasan yang sebelum ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi kadar denda adalah RM5.00 (Ringgit Malaysia : Lima Sahaja) bagi setiap akaun tanpa mengambilkira jumlah tunggakan cukai harta.

 

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Ada Membeli Sebarang Harta/Premis dalam kawasan pentadbiran PBT Pengerang

Menyemak terlebih dahulu dengan pihak PBT Pengerang berkenaan tunggakan cukai harta bagi harta yang dibeli dan sekiranya harta tersebut adalah tanah kosong, pastikan alamat surat menyurat diberikan dengan betul bagi memudahkan bil/notis sampai kepada anda.

Anda juga perlu memaklumkan kepada PBT Pengerang samada melalui peguam atau datang sendiri ke Jabatan Penilain Dan Pengurusan Harta, PBT Pengerang dengan mengisi Borang I/J dalam tempoh 3 bulan dari tarikh transaksi dibuat. Kegagalan dalam berbuat demikian menyebabkan anda boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sebagaimana peruntukan Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

 

Bantahan

Mengikut Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), pemilik yang tidak berpuas hati terhadap pindaan nilaian tersebut boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua, PBT Pengerang di atas mana-mana daripada alasan berikut :-

  1. Sesuatu pegangan yang pada pendapatnya telah dinilaikan lebih daripada nilai yang boleh dikenakan kadar.
  2. Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar.
  3. Sesuatu pegangan yang tertinggal daripada Senarai Nilaian.
  4. Sesuatu pegangan yang pada pendapatnya telah dinilaikan kurang daripada nilai yang boleh dikenakan kadar.
  5. Sesuatu pegangan yang telah dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Pemilik akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Pendengaran Bantahan yang akan ditetapkan dan boleh membawa dokumen sokongan atau Laporan Penilaian yang boleh menyokong permohonannya.