MENU

Cukai harta dikenakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan seperti penyelenggaraan perparitan, jalan, kebersihan kawasan awam, bayaran bil utiliti untuk kegunaan awam termasuk lampu-lampu jalan, kos pengurusan dan lain-lain perbelanjaan dalam menguruskan kawasan pentadbiran sesuatu pihak berkuasa tempatan. Antara faktor-faktor yang menentukan jumlah cukai harta adalah jenis kegunaan sesuatu pegangan, keluasan tanah, keluasan bangunan utama dan sampingan, jenis bahan binaan dan lain-lain faktor yang mempengaruhi nilai sesuatu pegangan.

Cukai harta boleh dibayar dua (2) kali setahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Penggal Pertama adalah dari bulan Januari hingga Jun manakala Penggal Kedua adalah dari bulan Julai hingga Disember pada setiap tahun. Tempoh bayaran bagi Penggal Pertama adalah sepanjang bulan Januari hingga Februari manakala tempoh bayaran bagi Penggal Kedua adalah sepanjang bulan Julai hingga Ogos.

Terdapat empat (4) cara pembayaran cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu :-

  1. Secara tunai iaitu di kaunter bayaran PBT Pengerang sebagaimana jadual di bawah :-

Alamat

No. Telefon / Fax

Hari / Masa

 

No. 7, Jalan Kempas 1,

Taman Desaru Utama

81930 Bandar Penawar

Johor Darul Takzim

 

 

Tel : 07-886 2692

 

Fax : 07-886 2636

          07-886 2656

 

Ahad hingga Rabu

8.30pg – 4.30ptg

 

Khamis

8.30pg – 3.30ptg

 

     

     2.  Bayaran melalui Wang Pos / Kiriman Wang hendaklah atas nama ‘PBT PENGERANG’ dengan menyatakan nombor akaun cukai harta atau alamat pegangan.

     3. Bayaran melalui cek atas nama ‘PBT PENGERANG’ dengan menyatakan nilai / jumlah bayaran beserta jumlah dalam bentuk perkataan mengikut amaun yang dinyatakan di dalam cek tersebut.

     4. Bayaran melalui urusan di Kaunter Bank / Perbankan Internet dengan menggunakan salah satu daripada tiga (3) Akaun Semasa PBT Pengerang sebagaimana berikut :-

          a) Bank Islam Malaysia Berhad ( No. Akaun : 01135010019814)

          b) RHB Bank Berhad ( No. Akaun : 25105800003961)

          c) CIMB Islamic Bank (No. Akaun : 8602803415)