MENU

PROGRAM GERAK MESRA DAN TOWNHALL PBT PENGERANG

7 Januari 2018 : PBT Pengerang telah menganjurkan Program Gerak Mesra dan Townhall PBT Pengerang 2018, bertempat di Dataran Telok Sengat semalam. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada umum tentang pembangunan yang telah dirancang dan yang telah dilaksanakan khususnya di kawasan Telok Sengat disamping memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi pandangan dan idea tentang pembangunan di kawasan Pengerang.

Majlis telah dirasmikankan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.