MENU
  • OBJEKTIF

       Merealisasikan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Pengerang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru Negeri Johor.

 

  • Wawasan
  1. Berintegriti dalam melaksanakan setiap tugas sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa dinamik, beridentiti dan beretika.
  2. Memastikan setiap kemajuan atau pembangunan akan berpandukan landasan dan garis panduan yang benar, telus dan amanah mengikut Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
  3. Sentiasa meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dan cekap supaya dapat menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
  4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kesejahteraan dalam kerjasama di kalangan komuniti setempat.
  5. Menjadi sebuah bandar yang mementingkan kebersihan alam sekitar yang bersih dan kehidupan yang sihat.
  6. Bercita-cita menjadi sebuah ‘Smart City Pengerang’ dari segi urus tadbir kawasan, keselamatan, pemodenan dan perkhidmatan.