MENU

Fungsi Lembaga Bandara Johor Tenggara (LBJT) mula dilaksanakan dan dikuatkuasakan pada 8 Julai 1983 mengikut Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA sebagaimana Enakmen Bil. 7 (penyerahan tugas kepada KEJORA):

  1. Di bawah Seksyen 5 - LBJT boleh bertindak sebagai pemungut di bawah Kanun Tanah Negara
  2. Di bawah Seksyen 7 - LBJT boleh menjalankan tugas sebagai Lembaga Bandaran.

 

Tugas dan fungsi PBTP mengikut unit adalah sebagaimana berikut:

Jabatan Pentadbiran

 1. Mentadbir segala urusan pentadbiran am jabatan.

 2. Memastikan kakitangan sentiasa mencukupi bagi memastikan operasi jabatan dapat berjalan dengan lancar.

 3. Mengawal dan mempastikan keperluan serta kebajikan kakitangan dijaga dan dipenuhi.

Jabatan Kewangan & Khidmat Korporat

  1. Mengawal segala perbelanjaan LBJT.
  2. Menyedia dan mengemaskini segala rekod perbelanjaan LBJT.
  3. Memungut segala hasil LBJT.

Jabatan Perancang & Pembangunan

Jabatan Keselamatan & Kesejahteraan Rakyat

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta.

  1. Menguruskan segala aspek penilaian semula harta.
  2. Melakukan kerja-kerja taksiran.
  3. Mengatur dan menyelaras pendengaran bantahan ke atas nilaian.
  4. Menyediakan tuntutan caruman bantu kadar.
  5. Membuat tuntutan cukai harta ke atas pegangan berkadar.
  6. Menguruskan pindahmilik ke atas pegangan berkadar.